Kemajuan dalam bidang internet memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin , guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan dengan penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC Virtual Teacher Education Center telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.
Diantara peranan yang dimainkan oleh perkembangan staf termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan dan kepakaran staf, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. Pihak kerajaan seharusnya menyusun satu program yang canggih dan tersusun untuk melatih guru-guru secara berterusan seperti Kursus Pendek Kelolaan Maktab KPKM dan lain-lain kursus.
Sepanjang latihan, guru akan didedahkan dengan kemahiran dalam subjek, mengembangkan kemahiran-kemahiran, memperkaya diri dengan pengetahuan dan trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah masing-masing sepatutnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru lain juga dapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu seperti pembelajaran bestari, pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan dan kaunseling.
Objektif sebenarnya adalah untuk meningkatkan pendidik matematik dengan kegiatan pengajaran matematik yang betul Hera, Dengan menganalisa soalan matematik tersebut, guru dikatakan boleh membina soalan matematik yang lebih bagus. Ia ternyata dapat meningkatkan profesional guru dari segi pengajaran dan pelbagai metod pengajaran.
Para pensyarah pula dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru dengan lebih jelas. Lebih dari itu, banyak bahan-bahan alat bantu mengajar telah dihasilkan oleh guru-guru dan pensyarah matematik Marsigit, Dengan bertambahnya pelbagai bahan mengajar, ini akan menjadikan proses pengajaran dan pendidikan lebih efisien.
Tan et al. Selain itu guru juga dapat mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam membina hipotesis berkaitan dengan keberkesanan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mana hal ini sangat diamalkan, dinilai dan disemak dari semasa ke semasa. Dr Abd Yusof melihat amalan reflektif sebagai satu proses ingin tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik terhadapnya.
Guru yang berjaya adalah guru yang menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan hariannya. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran Dalton, Ia juga dilihat sebagai satu strategi yang sangat baik untuk meningkatkan profesional seorang guru kerana melalui strategi ini guru dapat mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar Joyce et al.
Diantara peranan program ini ialah ia dapat merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil bimbingan dan akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau profesional. Satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 5 orang guru bekerja bersama untuk merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti pembelajaran untuk sekumpulan pelajar yang sama.
Guru dalam satu kumpulan itu sebaiknya berbeza dari segi subjek yang diajar, minat, perspektif dan tahap pembelajaran. Ini akan memberi kekuatan pada kumpulan dan perkembangan setiap ahli. Kelebihan cara ini ialah dapat meningkatkan prestasi pelajar dari sudut bertambahnya tanggungjawab terhadap pembelajaran.
Pendedahan kepada skil dan pandangan dari lebih daripada seorang guru boleh membina kefahaman yang lebih matang. Pembelajaran juga akan menjadi lebih aktif. Ini boleh membawa pelajar mengarah kepada kerja berpasukan.
Kajian mendapati bahawa pelajar telah menilai yang kerja berkumpulan benar-benar berkesan dalam pembelajaran mereka Quinn et al. Kini, terdapat banyak model baru dari luar negara yang boleh kita ubahsuai dan adaptasikan dengan budaya masyarakat kita.
Contoh yang ada sekarang ini ialah Model Kitar Penyelesaian Masalah. Didalam model ini terdapat 3 bengkel yang saling berkaitan untuk guru matematik menyelesaikan masalah matematik. Proses penyelesaian ini akan memberi peluang guru matematik untuk berkongsi pembelajaran, pelan pengajaran dan pengalaman mengajar. Disini guru juga akan memikirkan secara mendalam tentang isi kandungan matematik dan arahan dalam matematik.
Guru dan fasilitator akan bekerja bersama untuk memilih matlamat untuk bengkel pembangunan profesional termasuk matlamat untuk silibus matematik dan meninjau latihan pedagogi yang baru Jacob, Model ini dianggap sangat penting dalam membina profesional guru. Ini adalah kerana dalam membina masyarakat yang produktif dan bersaing dalam dunia yang semakin mencabar, pelajar sangat memerlukan penerapan ilmu matematik yang berkesan. Ia merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu, roh dan fizikal manusia.
Perkembangan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan perkembangan profesional di Barat yang hanya menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata. Maka lahirlah guru-guru yang tidak seimbang antara pembangunan akal, fizikal, roh dan nafsunya. Kesan daripada didikan yang tidak seimbang, realiti berlaku sekarang sangat berbeza dengan apa yang dibuktikan oleh sejarah.
Bagi orang-orang dahulu, roh dan akal mereka turut dewasa bersama fizikalnya. Sebagai contoh, Sayidina Usamah bin Zaid telah dilantik sebagai panglima perang ketika umurnya 18 tahun. Imam As- Syafie pula telah dilantik menjadi mufti di Baghdad ketika berusia 15 tahun.
Oleh itu, negara perlu merancang untuk membina persekitaran yang merangsang pembinaan roh dan akal guru sehingga boleh melagang sistem pendidikan dengan berkesan.
Perlaksanaan sistem ini mesti dimulakan sekarang supaya menjadi role model kerana setakat ini kita belum mempunyai contoh untuk diketengahkan. Mari kita ulang sejarah Muhammad Al-Fateh yang ketika umurnya 21 tahun di Turki telah mampu membina empayar yang menundukkan kuasa besar di kota Konstantinopel. Inilah bukti kebenaran yang dibawa oleh sistem pendidikan yang mendewasakan roh dan akal selari dengan kedewasaan fitrah dan fizikal manusia.
Kalaulah di usia muda manusia mampu melakukan tanggungjawab yang besar, apatah lagi jika mereka telah mencapai usia yang lebih dewasa. Sudah tentulah berbagai kejayaan lagi dapat mereka cetuskan. Perkembangan profesional guru ini sangat penting kerana gurulah yang mendidik anak bangsa kita.
Harus diingat bahawa pendidikan itu adalah nyawa, roh dan nadi pada sesuatu bangsa dan negara. Identiti sesuatu bangsa ditentukan oleh pendidikan. Ertinya pendidikanlah yang akan menentukan maju atau mundurnya sesuatu bangsa, bertamadun atau tidak, berani atau penakut, bersatu atau berpecah, berjiwa besar atau kecil dan ada cita-cita atau tidak.
Ianya perlu dijadikan sebagai aktiviti wajib dalam usaha untuk menginstitusikan konsep pembangunan sumber manusia. Sekiranya aspek ini tidak dititikberatkan ia akan menjejaskan profesion perguruan. Di Malaysia, program perkembangan profesionalisme untuk guru-guru belum lagi merupakan program yang telah diinstitusikan diperingkat sekolah. Kegagalan dalam perkembangan profesional mendatangkan banyak kelemahan seperti kekurangan kemahiran yang nanti akan mempengaruhi pengajaran guru.
Membangunkan Instrumen Profil Staf untuk tujuan latihan dan pembangunan personal pemimpin sekolah. Meneroka dan membangunkan model pembangunan organisasi. Membangunkan mekanisme sokongan profesional kepada staf sekolah. Peningkatan kualiti guru merupakan satu usaha untuk memartabatkan profesion perguruan supaya menjadi lebih mantap dan bermutu yang mana seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi pendidikan.
Guru sememangnya sentiasa perlu meningkatkan tahap profesionalisme demi mengekalkan rnartabat mereka sendiri. Pihak Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Banyak pihak yang menyedari bahawa guru memainkan peranan utama dalam melahirkan generasi yang akan merealisasikan Wawasan Untuk melaksanakan peranan ini sudah tentu guru-guru perlu didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan khususnya dalam profesionalisme mereka.
Guru-guru perlu memperlengkapkan diri dengan ilrnu pengetahuan sejajar dengan pelbagai perubahan dalam bidang pendidikan, terminologi baru, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini, penggunaan komputer dalam pendidikan dan pelbagai Iagi.
Menurut Warnoh , penglibatan guru dalam program-program perkembangan profesionalisme perguruan adalah penting supaya mereka dapat mengetahui perkembangan dalam pendidikan, strategi-strategi pengaiaran dan pembelajaran serta menyedari keperluan- keperluan pendidikan masa kini. Santhi , menyatakan bahawa guru-guru perlu mengikuti kursus-kursus perkembangan ikhtisas supaya dapat mempertingkatkan kemahiran dan mengemas kini pengetahuan selaras dengan keperluan semasa.
Fungsi perancangan sumber manusia adalah suatu operasi kitaran yang tidak akan mencapai kesempurna. Bhd, Bentong,Pahang. Abdul Rashid Abd Samad Ramaiah Petaling Jaya, Selangor. Barry, C. Human resource management. London : Kogan Page Limited. Bittel, L. What every supervisor should know 6th ed. McGraw Hill, Inc. Cole, G.
Personel management : Theory and practice. Cascio, W. Castetter W. Dixon, R. Management theory and practice. Made Simple Book. Gitman, L. J dan McDaniel, C. The future of business, interactive edition. London: Pitman Publishing. Poon, M. June Pengurusan sumber manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
Ricks, Betty R. Ginn, Mary L. Contemporary supervision 2nd. Stout, S. Managing training. Truelove, S. Disertakan juga kertas kerja program bagi rujukan pihak tuan. Segala perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang Benar,. PADA Pembangunan sekolah memelukan komitmen serta iltizam yang melibatkan semua guru dan staf ssebuah sekolah. Kecemerlangan sekolah itu menuntut semua guru mempunyai satu visi dan misi yang jelas ke arah menjadikan sekolah itu bergerak bersama-sama untuk mencapai kejayaan yang sebenarnya. Kecemerlangan ini memerlukan satu penanda aras yang terbaik untuk bergerak ke arah itu.
Dengan satu penanda aras dan usaha secara bersama akan membolehkan sesuatu itu dapat dicapai dengan sempurna dan terbaik. Oleh sebab itulah kertas kerja ini dicadang untuk dilaksanakan sebagai satu persediaan yang baik dan mantap kepada sekolah ini dalam menjadikan sekolah ini menperolehi kecemerlangan pada masa akan datang.
Start on. Show related SlideShares at end. WordPress Shortcode. Share Email. Top clipped slide. Download Now Download Download to read offline.
Kertas kerja perkembangan staff Download Now Download Download to read offline. Kertas kerja program sahsiah diri. Kertas kerja dasar program motivasi guru. Kertas cadangan ldp Fail pengurusan latihan dalam perkhidmatan.
Contoh kertas kerja program. Kertas kerja perkembangan staff. Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2. Perancangan tahunan unit latihan dalam perkhidmatan Related Books Free with a 30 day trial from Scribd. Dry: A Memoir Augusten Burroughs.
0コメント